Nuffnang Ads

Friday, February 19, 2010

Pecah Rasa Rahsia

Aku ingin robohkan dinding besi itu
biar berloceng derai
tanpa perasaan sembunyi diri
kejut dari kongkong sepi
diam tersiksa mati
dalam topeng-topeng hidup
dengan dosa-dosa sendiri; akan membunuh ku nanti
untuk aku jamah dan baiki setiap inci perasaan mu

aku ingin jadi satu

Mansoura
18.02.10

Sunday, February 14, 2010

Bring Her To Me

At desert i was alone
keep walking unguidence
sun burning me
sand blinding me
wind laughing me
found the voices came every single turning
around me haunted for kill me
by the lighteness
blow the kindness
hitting me never stop
cause im also didn't know i am traped here
blinded, lost
without see which way
cacth every pray
mok the kindly day
infront of my mistakes
killing me by blades
but im willing today
awake and seeing
and proof to whole world
i never want at this place
and change all those felt are false.

Not the desert
no madness state
Dearest. Hold my hand.

Mansoura
14 Februari 2010

Kerongkong Serak Berontak

Riuh kota bernyanyi ribuan bahasa
pada sisir jalan berdebu yang lumpur
sampah berselirak di bahu longkang
zarah kering berlumba-lumba lari
terbang tanpa bayang
tari menari penuh gersang dan liar

Rusuh angin tak pernah berhenti mogok
singgah di sel-sel kejadian dan menumpang
jadi najis yang dimaafkan
ummul balwa: kata para hukum
lalu mengidap jadi sumpah
turun temurun tanpa berubah rasa

Manusia hanya tahu menyedut
bernafas tak henti-henti sebelum mati
dengan masalah yang menerobos tanpa sempadan
tak pernah henti fikir tapi terus lari
katanya berani tapi hanya monolog sendiri
takut untuk berani merungkai dalam-dalam soal hidupnya

Dia akur dunia
sederatan masa
melangkaui usia dan terus hadapan
matang tapi pengecut
berani tipu tapi tak larut
tanpa sedar kotoran tadi sudah jadi najis dan jatuh sakit

Manusia hanya tak mahu kritik
supaya tak terbongkar jalan lumpur itu
tak pecah rahsia oksigen itu bukan tulen
tapi patuh pula dengan perasaan
otak pula dibiarkan sesat tak mahu tangan
seperti si mabuk bersama wisky di jalanan pagi semalam

Hanya tahu pagi ini
semalam ramai orang dibunuh lagi kerana harapan.

Mansoura
9.02.2010

Bayang & Malam

Di bawah neon

Daun terhuyung hayang terbang
mabuk dipukul angin dan jatuh
simbol episod cerita hidup lagi

Ada bayang pasir berpusar halus
memukul lembut perasaan sedang tandus
terkadang menghiris sampai berkecai berdarah

Anjing sedang bergomol di longkang itu
seluruh jadi najis
tak akan habis dicuci walau berjuta kali

Warung itu bising berita terkini
tapi mereka keluar masuk entah apa berlaku
hanya tersembunyi banyak rahsia yang dalam

Sayup jauh di telinga bunyi suara gersang keldai jantan
memekik seperti sakit dalam cerita neraka
atau hanya sejuk menanti esok sekali lagi untuk bekerja

Di atas neon

Bulan tidak pernah tipu malam ini
separuh cahayanya masih terang
walaupun kota ini dihambat kepercayaan lagi

Mansoura
9.02.2010

Tuesday, February 2, 2010

T.E.O.R.I

Bumi dicipta kerana Cinta
Cakrawala dibina kerana Maha Kuasa
Saidina Adam penakluk kisah manusia
dari segala Qiblat yang jadi pedoman cerita2 asal usul kita

Tapi
Darwin datang dusta
teori dan sengketa dalam ilmu alam kejadian
membongkar si haiwan adalah rujukan
rekah dan pecah arah qiblat para ilmuan
dari barat mahupun selatan yang tiada hujung jalan

De Saussure datang dusta
dengan nama-nama dari Saidina Adam
ketika sabda; Wa'allama A`dam al asma'a kulla'
melalui paradigma, teori, signifacation, simb0l, ijtihad dan teori-teori sumber
terjadi kritis semiotic membelah bahasa

Demi Quran
Tuhan melengkapkan kita
Saidina Muhammad membela seluruh umat dunia
dari Saidina Adam hingga perhitungan datang
supaya kita dipilih
kita dikasih
kita tak tersisih
dalam kalimah ummati terakhirnya

Mereka semua ada
di sisi kiri kanan depan belakang dan keghaiban yang hijab mata manusia.

duwenk
Mansoura