Nuffnang Ads

Wednesday, June 30, 2010

T.E.G.A.R

Cerita hari ini di dunia
hidup dalam tong sisa-sisa
begitu najis, jijik, ada ulat yang melekit
bagaimana rupa ini?

Tak apa kulit ini dibakar bukan?
walau dibedil di kepala
ditikam berkali-kali dengan senjata tajam
lemas dalam lautan lava pun pasrah
sehingga tertelan manik-manik racun
dalam celah-celah beras yang tegar putih

Aku
sekalipun sedar tiada asa
untuk menahan kulit dari lecur
apatah lagi kepala diacukan pistol
kalaupun semut gigit di kaki pun mengeluh sakit
mana mungkin, jarum, pisau, atau selumbar pun sampai jari tergigit
sehingga hari-hari akan datang; racun membunuh
di setiap laluan udara, tidur atau masa dan masa

Di rumah aku belajar
tentang manusia, pengorbanan
yang meracau panjang ke akhir zaman
sentiasa ada hitam putih
sekecil-kecil zarah dari hati
sebesar-besar Uhud dari akal
dari jantung bumi dan jantung manusia
dengan kehendak dunia yang terus menggoda
untuk tunduk menggendongnya
melalui bau amis
menusuk dalam ke rongga otak
menyesatkan fikiran
antara sesama manusia
yang harus ada cinta
untuk lebih telus menerima
kunci hati yang besar
dalam pengorbanan
walau terbeban dengan lumut tebal
demi capai hasrat pejal di depan sana.

Tentang Tuhan telah mengubatku dari terus sakit dan bernafas untuk esok lagi.


Monday, June 28, 2010

Langit Garang

Langit garang
dada sebentang tak terukur di hujung mata
mampu saja menghempap bumi
mendakap lemas agar semua mati
tenggelam dalam
ke tujuh petala tanah
yang berjuta rahsia gelap
seperti rahsia kubur
yang ada suara makhluk keji
yang amat tersembunyi
ketika hilang matahari
jadi ngeri panjang
setelah runtuh langit garang.

Rahsia di bawah bukan pedoman
tetapi langit tinggi di khayalan itulah hala pencarian
untuk manusia yang ingin matahari, ingin bulan, ingin bintang
tangga menuju Tuhan.

Wednesday, June 23, 2010

Haloba = Tahniah

Berapa angka berganti
untuk sampai ke cahaya matahari

Berapa doa ditadah
agar gusar tidak tersasar

Berapa usaha berperang
supaya harapan jadi kejayaan

Berapa rahsia terbongkar
dalam hati bebas tak bersangkar

Berapa manis pujian
jika kemenangan sudah pun dirasa

berapa kebaikkan di fikiran
memujuk akal untuk lebih tenang

kerana; soal berapa telah jadi angka
mungkin telah atau belum takdir yang dikira

Indah jika langit dan bumi terus berdoa
tidak telagah menghukum manusia.

Tuesday, June 8, 2010

D.O.A

Doa
ke petala langitMu
menagih erti sebuah pahala
pedoman berjaya

Doa
ke dasar otak bumi
membuka kotak mimpi
hidup bererti

Doa
antara bahagia dan durhaka
dugaan sentiasa bergolak
demi berjaya dan syurga

Doa
Supaya terus sempurna.

Thursday, June 3, 2010

Pancaroba

Sepi ini akan merejam ku mati
jika pejam ku ini menghiris mimpi
jika aku; memerah puisi supaya tak henti menari
dalam baris kekejaman malam
atma yang berhempas pulas
dengan akal yang meronta buas
mencari jalan untuk datang rahmat dari langit
memujuk hati
menjadi sakti
membelai mimpi
dalam serba warna pedoman
tak putus seperti layang-layang sedang terbang
aras angin yang kencang sehaluan
menuju jalan tuhan yang masih panjang di hadapan

Itu harapan
dalam gelap cinta yang jauh; aku turut genggam tangannya.