Nuffnang Ads

Friday, October 14, 2011

Dosa


Bila siang
ku tunggu tiba bulan
bila bulan terang
ku nantikan matahari
bakar saja sisa-sisa dosa
untuk ku kembali lagi tafakkur malam
supaya dapat syurga

Siang ini
ku tersiksa
kerana dosa.

Wednesday, October 12, 2011

LULUH


Ketika ombak menggoncang tubuh
petir angkuh
angin riuh
gelap; ku lumpuh
menggendong misi yang begitu rapuh

cinta
di lautan sebegini
jangan biarkanku terbunuh

Monday, October 10, 2011

Tragedi Masbero

Hari ini
bukan hari bersejarah
hari ini luka kembali berdarah

Tetapi Masbero masih dangkal bernanah
dengan setan-setan bahagia
Bukan Malaikat yang lupa
untuk mendamaikan manusia

Bahawasanya
ini berita-berita dosa...

Patah

Warna hari ini
Asyiknya jika cerah
biar nampak awan gedempol
bergerombolan melukis langit
supaya segar segala isi di bumi
tika ada hati yang patah
dalam perjalanan untuk merubah
pada warna-warni hidup ini

Setiap luka
ada ubatnya
Itu hanyalah jika....