Nuffnang Ads

Friday, July 23, 2010

J.U.L.A.I

Jika kau manusia
kau punya rasa
menongkah arah
melangkah gagah
merasa resah
tenggelam timbul dalam tanah
yang basah dan kering berdarah
untuk tahu soal dunia
lebih peka dengan semasa
yang selalu ikut realiti
membelah bukti fantasi
dengan kaki tanpa alas
menyentuh kulit
rasa perit; jalan-jalan, tanah-tanah, pasir-pasir
yang hidup sebelum kau datang lagi.

Itu takdir kita
Air, angin, kesunyian, cahaya malam adalah teman
di July ini.

Wednesday, July 7, 2010

Tandus

Qalby eishwah
Khasry mehnah
Thuyuru tadhellu ghasq
Biduuni Eishq
Fi Nil el-A'miq
aSohra' qahel
qota'at rahel
fil laily
wahdy

al-'alam ta'wizati
naum mughnathisiyati
khilali jasadi

Wednesday, June 30, 2010

T.E.G.A.R

Cerita hari ini di dunia
hidup dalam tong sisa-sisa
begitu najis, jijik, ada ulat yang melekit
bagaimana rupa ini?

Tak apa kulit ini dibakar bukan?
walau dibedil di kepala
ditikam berkali-kali dengan senjata tajam
lemas dalam lautan lava pun pasrah
sehingga tertelan manik-manik racun
dalam celah-celah beras yang tegar putih

Aku
sekalipun sedar tiada asa
untuk menahan kulit dari lecur
apatah lagi kepala diacukan pistol
kalaupun semut gigit di kaki pun mengeluh sakit
mana mungkin, jarum, pisau, atau selumbar pun sampai jari tergigit
sehingga hari-hari akan datang; racun membunuh
di setiap laluan udara, tidur atau masa dan masa

Di rumah aku belajar
tentang manusia, pengorbanan
yang meracau panjang ke akhir zaman
sentiasa ada hitam putih
sekecil-kecil zarah dari hati
sebesar-besar Uhud dari akal
dari jantung bumi dan jantung manusia
dengan kehendak dunia yang terus menggoda
untuk tunduk menggendongnya
melalui bau amis
menusuk dalam ke rongga otak
menyesatkan fikiran
antara sesama manusia
yang harus ada cinta
untuk lebih telus menerima
kunci hati yang besar
dalam pengorbanan
walau terbeban dengan lumut tebal
demi capai hasrat pejal di depan sana.

Tentang Tuhan telah mengubatku dari terus sakit dan bernafas untuk esok lagi.


Monday, June 28, 2010

Langit Garang

Langit garang
dada sebentang tak terukur di hujung mata
mampu saja menghempap bumi
mendakap lemas agar semua mati
tenggelam dalam
ke tujuh petala tanah
yang berjuta rahsia gelap
seperti rahsia kubur
yang ada suara makhluk keji
yang amat tersembunyi
ketika hilang matahari
jadi ngeri panjang
setelah runtuh langit garang.

Rahsia di bawah bukan pedoman
tetapi langit tinggi di khayalan itulah hala pencarian
untuk manusia yang ingin matahari, ingin bulan, ingin bintang
tangga menuju Tuhan.

Wednesday, June 23, 2010

Haloba = Tahniah

Berapa angka berganti
untuk sampai ke cahaya matahari

Berapa doa ditadah
agar gusar tidak tersasar

Berapa usaha berperang
supaya harapan jadi kejayaan

Berapa rahsia terbongkar
dalam hati bebas tak bersangkar

Berapa manis pujian
jika kemenangan sudah pun dirasa

berapa kebaikkan di fikiran
memujuk akal untuk lebih tenang

kerana; soal berapa telah jadi angka
mungkin telah atau belum takdir yang dikira

Indah jika langit dan bumi terus berdoa
tidak telagah menghukum manusia.

Tuesday, June 8, 2010

D.O.A

Doa
ke petala langitMu
menagih erti sebuah pahala
pedoman berjaya

Doa
ke dasar otak bumi
membuka kotak mimpi
hidup bererti

Doa
antara bahagia dan durhaka
dugaan sentiasa bergolak
demi berjaya dan syurga

Doa
Supaya terus sempurna.

Thursday, June 3, 2010

Pancaroba

Sepi ini akan merejam ku mati
jika pejam ku ini menghiris mimpi
jika aku; memerah puisi supaya tak henti menari
dalam baris kekejaman malam
atma yang berhempas pulas
dengan akal yang meronta buas
mencari jalan untuk datang rahmat dari langit
memujuk hati
menjadi sakti
membelai mimpi
dalam serba warna pedoman
tak putus seperti layang-layang sedang terbang
aras angin yang kencang sehaluan
menuju jalan tuhan yang masih panjang di hadapan

Itu harapan
dalam gelap cinta yang jauh; aku turut genggam tangannya.

Sunday, May 30, 2010

Harapan Seorang Manusia

Berjuta bilah tikaman hujan jatuh
menyentuhku dan terus membunuh
menusuk rusuk di fikiran yang tak pernah puas
merusuh, mengeluh dan terus jadi rapuh
seperti setiap kata-kata ku; hanya jadi beban
bersilang ketat dengan suara-suara kelemasan
dasar syaitan dan emosi berleluasan
jauh dari rasa kedamaian
dan; sayang, jangan kau
terus tenggelam

Manusia itu terus mulia
dengan akal & iman yang ada
gigitnya dengan geraham seperti sabda Baginda
Tuhan; cinta aku kau
sebagai hamba

Friday, May 28, 2010

Tidurmu Bersama Cinta


Tuhan
hati kecil ini mengadu bisu
utus aku seorang Malaikat
sinar untuknya mimpi
dengan indah cahaya bulan malam ini
beri tenang untuknya dalam damai
asyik dengan perasaan syurga; dan
bunuh semua yang menyesatkannya
rejam segala kebodohan yang meragukan
dengan mata
melalui cahaya
ketika dia bangun melihat hari demi baru waktu jaga

Tidur lena wahai cinta
Mohon bersamamu seorang manusia; YaAllah
Akan beri mu lagi kekuatan kuasaNYA.

Wednesday, May 26, 2010

Rusuk Yang Hilang

Anjing dalam kamar
Bersilang liku semak menyalak
merembis hanyir lendir dari rongga gigi
kutu-kutu jalan di liang-liang rambutnya
tergeser ketat dalam ruang;
otak yang sarat dengan fikiran hitam
garis-garis dendam
antara cinta dan perasaan
harapan yang tak putus minta pedoman
dengan samak; dari tanah asal ciptaan
air yang menyuci kotor-kotor bumi
najis hilang tak lagi bernanah
dalam jantung hidup
dalam dada kepercayaan
menyedut wangian yang masih panjang di hadapan

Kau adalah rusuk yang hilang.

Sunday, April 11, 2010

Malam

Di perut langit suara bintang hanya diam
bulan kembang hanya menggigit soal manusia.

Di jalan tiada momok anjing-anjing liar
bisu bagai barah yang merebak tanpa sedar.

Tiang menara masjid tiada gagak singgah
azan tak pernah putus memberi gembira seluruh alam.

Hanya tahu manusia tak pernah putus dengan masalahnya.

Monday, March 22, 2010

Jalan Cinta & Tuhan

Demi mu
aku tanam tubuhku ini untuk berjudi
Demi mu
aku siram akalku ini dengan wiski
Demi mu
aku bakar lidahku ini menjadi saksi
Demi mu
aku siksa terangku ini dengan malam hari
Demi mu
aku bunuh bosanku supaya lebih percaya diri

Percayalah!
Cinta ini tak pernah henti berjalar
Putih dan hitam adalah hari-hari yang termateri

Kau cinta
akan kita rayu Tuhan untuk lebih mulia menuju hari abadi

Name of Rose

Juta igauan di jalan
Ribu hening di taman
Ratus hiburan dan tafakkur tak mencuri bosan
kau mawar
kuntum tak pernah layu

Friday, March 19, 2010

Hanya Untuk Mu

Kotak suara itu masih bergegar
Kotak dunia luar sana masih bergetar
Dalam kamar yang tiada cahaya pilar
ketika rasa hati yang separuh calar
Benak dada yang masih sasar
menghukum masa depan yang liar tanpa pagar
untuk aku mengheretmu ke daerah yang luas
dan sama-sama berkata kepada dunia
"Cintaku ini adalah untukmu"

Tuesday, March 16, 2010

Lukisan cinta? Are You There?

Lukisan mu hidup
mesti kembang dan segar seperti bunga
untuk kumbang ini bernafas dan sentiasa hinggap diliris kelopakmu

Bunga akan mati
jika sentiasa hari malam dalam hidupnya
Maka layu dan membunuh hidup alam yang mesti ada keindahan

Taman adalah dunia
perhiasan adalah seni dalam hidup
rasa adalah nyawa untuk kau lebih tahu apa ertinya aku.

Bagiku bukan rekayasa gambar yang hanya bergoncang dalam benak mu sendiri
lebih kau pegang, makin goyah ingin runtuh
takut tertimbus dan lemas nanti nanti tiada pertolongan (kerana hatimu mati)

Aku tidak mau seni itu mati
membuang isi dunia yang hari-hari ada warna-warninya
tak ingin bosan seperti badut hanya ketawa dalam diam

Sebab itu, antara terang dan gelap?
kenapa perlu ada lilin dalam cahaya dan kenapa gelap tercari-carikan cahaya?
aku memilih bukan kerana keduanya...

Aku di sisi
di sini menunggu mu sampai hari demi hari

Satu Kesalahan

Seribu cahaya yang aku gendong, kenapa gelap kau lihat
Hati aku ada yang pekat.
Perasaan manusia ada yang malap
ketika angin membawa lari pergi ke desa seberang
membuat luka-luka panjang koyak lagi
demi satu kesalahan
ketika hati resah, tidak fikir panjang.

I'd rather waiting from run away.

Thursday, March 11, 2010

Seperti & Harapan

Seperti setiap masa alam memberi nasihat
melalui cuaca, bahasa yang mengikut rasa

Seperti suara dendam adalah penyakit hati
berontak, evolusi dan tekanan diri yang hanya ikut diri sendiri

Seperti hon-hon yang tiada peraturan di jalan
setelah kaki yang gagah tidak mampu menekan pedal petrol yang ringan

Seperti karma yang berlarutan
di waktu tubuh yang sihat, tapi ada kudis bernanah yang akan membunuh hati suci

Seperti janji-janji yang jadi bosan
kerana melihat satu kesalahan daripada segumpal cinta yang berakar hingga jadi tunjang nafas hidup

Seperti berlari di lautan luas
meminta mukjizat, hikmah atau sakti supaya segalanya hanya di jari-jari penuh hitam.

Mana mungkin;
Segalanya perlu air mata dan darah untuk lebih tahu apa itu tentang manusia.

Sesak



Lunak nikotin bercambah tumbuh
di bawah dinding simen yang hanya 2 depa dari atas
ingin jatuh menggodam tubuh
supaya tertimbus ke simen yang lain terbeku ampuh
lalu hilang dalam dunia
tersorok di alam yang tak nyata

Dalam berjuta-juta kaca bertabur di telinga
suara dari masjid masih bergema
jaminan syurga
menghina neraka
demi untuk manusia
tapi, rasa hati
hanya tong tong minyak yang ingin tumpah menyesak lagi otak

Mau saja berkabung untuk diri sendiri.

Friday, February 19, 2010

Pecah Rasa Rahsia

Aku ingin robohkan dinding besi itu
biar berloceng derai
tanpa perasaan sembunyi diri
kejut dari kongkong sepi
diam tersiksa mati
dalam topeng-topeng hidup
dengan dosa-dosa sendiri; akan membunuh ku nanti
untuk aku jamah dan baiki setiap inci perasaan mu

aku ingin jadi satu

Mansoura
18.02.10

Sunday, February 14, 2010

Bring Her To Me

At desert i was alone
keep walking unguidence
sun burning me
sand blinding me
wind laughing me
found the voices came every single turning
around me haunted for kill me
by the lighteness
blow the kindness
hitting me never stop
cause im also didn't know i am traped here
blinded, lost
without see which way
cacth every pray
mok the kindly day
infront of my mistakes
killing me by blades
but im willing today
awake and seeing
and proof to whole world
i never want at this place
and change all those felt are false.

Not the desert
no madness state
Dearest. Hold my hand.

Mansoura
14 Februari 2010

Kerongkong Serak Berontak

Riuh kota bernyanyi ribuan bahasa
pada sisir jalan berdebu yang lumpur
sampah berselirak di bahu longkang
zarah kering berlumba-lumba lari
terbang tanpa bayang
tari menari penuh gersang dan liar

Rusuh angin tak pernah berhenti mogok
singgah di sel-sel kejadian dan menumpang
jadi najis yang dimaafkan
ummul balwa: kata para hukum
lalu mengidap jadi sumpah
turun temurun tanpa berubah rasa

Manusia hanya tahu menyedut
bernafas tak henti-henti sebelum mati
dengan masalah yang menerobos tanpa sempadan
tak pernah henti fikir tapi terus lari
katanya berani tapi hanya monolog sendiri
takut untuk berani merungkai dalam-dalam soal hidupnya

Dia akur dunia
sederatan masa
melangkaui usia dan terus hadapan
matang tapi pengecut
berani tipu tapi tak larut
tanpa sedar kotoran tadi sudah jadi najis dan jatuh sakit

Manusia hanya tak mahu kritik
supaya tak terbongkar jalan lumpur itu
tak pecah rahsia oksigen itu bukan tulen
tapi patuh pula dengan perasaan
otak pula dibiarkan sesat tak mahu tangan
seperti si mabuk bersama wisky di jalanan pagi semalam

Hanya tahu pagi ini
semalam ramai orang dibunuh lagi kerana harapan.

Mansoura
9.02.2010

Bayang & Malam

Di bawah neon

Daun terhuyung hayang terbang
mabuk dipukul angin dan jatuh
simbol episod cerita hidup lagi

Ada bayang pasir berpusar halus
memukul lembut perasaan sedang tandus
terkadang menghiris sampai berkecai berdarah

Anjing sedang bergomol di longkang itu
seluruh jadi najis
tak akan habis dicuci walau berjuta kali

Warung itu bising berita terkini
tapi mereka keluar masuk entah apa berlaku
hanya tersembunyi banyak rahsia yang dalam

Sayup jauh di telinga bunyi suara gersang keldai jantan
memekik seperti sakit dalam cerita neraka
atau hanya sejuk menanti esok sekali lagi untuk bekerja

Di atas neon

Bulan tidak pernah tipu malam ini
separuh cahayanya masih terang
walaupun kota ini dihambat kepercayaan lagi

Mansoura
9.02.2010

Tuesday, February 2, 2010

T.E.O.R.I

Bumi dicipta kerana Cinta
Cakrawala dibina kerana Maha Kuasa
Saidina Adam penakluk kisah manusia
dari segala Qiblat yang jadi pedoman cerita2 asal usul kita

Tapi
Darwin datang dusta
teori dan sengketa dalam ilmu alam kejadian
membongkar si haiwan adalah rujukan
rekah dan pecah arah qiblat para ilmuan
dari barat mahupun selatan yang tiada hujung jalan

De Saussure datang dusta
dengan nama-nama dari Saidina Adam
ketika sabda; Wa'allama A`dam al asma'a kulla'
melalui paradigma, teori, signifacation, simb0l, ijtihad dan teori-teori sumber
terjadi kritis semiotic membelah bahasa

Demi Quran
Tuhan melengkapkan kita
Saidina Muhammad membela seluruh umat dunia
dari Saidina Adam hingga perhitungan datang
supaya kita dipilih
kita dikasih
kita tak tersisih
dalam kalimah ummati terakhirnya

Mereka semua ada
di sisi kiri kanan depan belakang dan keghaiban yang hijab mata manusia.

duwenk
Mansoura

Saturday, January 30, 2010

Lawan Arus

Aku bukan bulan
ketika matahari hilang
menyelubungi nafas-nafas sengketa
bersama sayap-sayap angkasa
dalam selimut beku
yang berlumpur tak tewas bagai hantu
kerana rosak diri
kerana rekayasa mimpi
demi kepuasan hidup
yang tak mahu mati
dengan sepanduk kebebasan
tahu kejahilan
sekutu setan; dalam celik
tanpa takut
tanpa peluk rasa sedar
terpagar kurung tanpa keluhan
terhadap jantung kejadian;
yang akan tiba beri gagal dan terus sesal
demi kesesatan; hari-hari telah jadi sial.

Aku bukan bulan
untuk manusia yang selaut tak terbilang
tapi itu bulan
datang menyuluh kau seorang.

"Kecil jantung ku ini mampu menggendong lautan hidupmu nanti, aku mampu"

Ridhwan
Mansoura

Wednesday, January 27, 2010

Melodi


Ketika melodi sedang menari
inspirasi membuat kau lebih abadi
dalam suara-suara kebenaran
dalam rasa-rasa kesedaran
dalam mimpi yang jadi kenyataan
bukan berfantasi dengan cinta yang kau hebah untuk jangka masa panjang.


Melodi menggerakkan fikir dan hati
supaya dapat tenang dan berintuisi
menggarap otak membina situasi
bahkan, mampu sampai ke posisi yang dikehendaki
bagi realiti waktu ini


Melodi,
Kau tahu apa yang dicari bukan?

Dewi Malam

-
Sabda Dewi:
puisi adalah sakti
bukan mentera dukun
waktu anjing menyalak gersang
menarik bulan dari angkasa lapang
tak disimbah kemenyan hingga jadi awan
lalu Dewi Malam seperti mabuk
mabuk dengan sedupan kemenyen jampi
sedang puisi dalam khayalan
dia berkata; manusia hanya tahu menyeru alam
dengan protes hidup
keadaan mati
melalui mimpi-mimpi ngeri
di bawah imaginasi
hubungan zahiri dan ghaib untuk sampai lebih tinggi
lebih tak mengerti
seperti aku yang tinggi di celah cakerawala
sebagai Dewi Malam menunggu waktu siang datang
dan terjadi bait-bait bahasa
di bibir-bibir manusia kota
menghayati sana sini untuk lebih faham hubungannya dengan alam.

Lalu menggoncang makhluk-makhluk tuhan
menghukum manusia kerana bosan
mencelaka dunia kerana ada yang tidak sempurna
menerobos sempadan yang bukan miliknya

Sedangkan,
cacing di dalam urat-urat bumi juga dengar bahasa alam
ikan di perut laut penuh setia menyeru tuhan
di langit dari 7 lapisan pun memuja tanpa balasan
Siapa-siapa pun tiada telinga untuk merasa
amat rahsia
amat sempurna
amat cinta
amat tak terkata dengan bahasa.

Kata Dewi Malam:
ilmu-ilmu Sulaiman tahu puisi mereka.


Duwenk
Mansoura

Bangun

Aku mahu kau
lebih erti dengan diri
bangun dari mimpi
kau bukan hidup seribu tahun lagi

Thursday, January 21, 2010

Lidah Gari

Rasa itu rahsia
hati itu bahasa
lidah itu senjata
membunuh percaya melalui kata

Tapi
hati sentiasa menyorok bisu
agar rasa tidak terluka
harap cinta jadi setia

Aku mau gari lidah mu yang sentiasa melukis sinematografi cinta!!

duwenk
Mansoura

Tuesday, January 19, 2010

Suara Aku


Tahukah angin sifat manusia sepertinya?
Tahukah laut penghuni bumi jauh lebih banyak rahsia?
Tahukah matahari lebih panas neraka kerana dosa-dosa mereka?
Tahukah bintang sebanyak hiasan di dada langit, manusia lagi haloba?
Tahukah langit seluasnya tak bertongkat lebih keras batu kepala seorang hamba?
Tahukah gunung besar manusia telah menukar paku ciptaanNya?
Tahukah kau nafsu, aku ingin bunuh mu sampai tak lagi ingin kau goda!

Tuhan
Mereka ada aku
Aku ada Kamu
Aku mahu syurga

duwenk
Mansoura

Bicara ku sampah?


Jika benar bahasa ku ini emas permata
malah jutaan bintang terang
aku menggilap sedaya asa
menerima bicara mu sebagai cinta
tapi,kenapa sampah adalah hiasannya?

kau lebihkan diri dari cinta
aku tak dusta

duwenk
mansoura

Perahu Syurga

5.44a.m

Saat berdetik
mengubah matahari dan sinar bulan
dalam umur hidup manusia
tersia malah malap dari cahaya
bersama angin tidak berupa

Saat berdetik
berkata akal dan hati
supaya menyeru tentang matahari
mentafsir mimpi tika bulan berdiri
bersama dakapan rohani

Tetapi
nafas ini; membunuh diri
Tetapi
jantung ini; tak pernah berhenti
Tetapi
jasad ini; contoh boneka
antara malaikat dan dunia yang diberi

Saat itu berlari
Di mana-mana perahu syurga sentiasa berlabuh untuk manusia.

duwenk
Mansoura

Thursday, January 14, 2010

Kumbang Merah di Bawah Mendung Awan

Nama dia Ladybird
melihat hidup ku tidak bertempat
seorang yang penat dengan
sepi, sendiri; adakala berontak dan konfrontasi
spekulasi dan masalah diri tak henti-henti
antara realiti dan khayalan
tak pernah reda mengusik
supaya lebih lupa atau gembira..

“I dont know where are we going”
Not me? Are you?
For stop running away
when shall we were say; I ignore it
“and that you told: Why (what) the fish??”

But you just walk
and let that thing burning
through your mind
and im drawing by mykind
day per days
to rise up the sun
by my pay of my harm

but; You wont even know
its yours to build a trust
graving all the past
i felt; you are the first and the for the last
i do.

And i said:
Ladybird itu bukan aku
hanya makhluk yang memerhati kamu
di sisi lain; hidupmu bagai neraka
di sisi lain; hidupmu menggendong syurga

And she said:
aku adalah bunga
bunga yang selalu tidak mekar
perit pedih derita sengsara hidup di keliling ku
tapi kumbang merah itu sentiasa menjenguk hati
menawar diri
dengan sedikit air syurga
untuk dihirup bersama-sama

I said:
provokasi dan mentaliti
unfaithful dan kecurangan
ketidak percayaan dan kekolotan
makin membuak buas
dari bibir-bibir bukan dunianya
Hanya sedikit iman; aku pasti berubah
Hanya sedikit iman; bila masa akan sampai
Hanya sedikit iman; aku hanya melalui takdir

Dunia berkata:
“I Love You; What ever Who You Are”

Duwenk

(Revision from duwenk.wordpress.com under title 'Analogi Matahari dilitupi Awan')

Monday, January 11, 2010

Fikiranku

4.50pm

semalam
jentera saraf ku lumpuh
dibawa terbang ke angkasa tiada sempadan

doaku, aku ingin ke syurga Tuhan,

Mansoura

Sunday, January 10, 2010

Suara Cinta

From desk.

Minuman panas?
suara cahaya menyantun mesra
memikat hati dengan bahasa
puisi berlari
bernyanyi dengan melodi
tanpa faham isi lagu di corong itu.

Mansoura

Zikir Sepi

2.03pm

Nama mu
di mata ini
dalam hati
dalam sendiri
dalam realiti
dalam zikirku sunyi

biar saja jasad di bawa lari
kalau cinta ku ini bergantung tak bertali

bulan akan mati jika kembangnya hanya separuh
jawablah cinta.

Mansoura

Lalat

12.20pm

Seekor lalat cacat
sesat di kota kamar
ianya hanya terbang
mencari nafas
agar ketemu rumahnya lagi

mansoura

Menyeru Bulan Dalam Gelap


11.pm


Anjing girang
menyalak berani tak mati
mengisi sepi agar lebih abadi

Kucing sopan
sehingga menikam hati
membunuh ku dalam sepi

Aku ingin kucing dalam anjing
tidak menyorok di belakang pekerti
memberi percaya hidup ini

Tahukah kau hati ku sentiasa menyeru bulan jika dalam gelap?

Mansoura

Friday, January 8, 2010

Selamat Pagi

-
-
Hai pagi
Selamat pagi

Hai pagi
selamat kantung rezeki

Hai pagi
selamat kotak duniawi

Hai pagi
selamat amal dosa di isi

Hai pagi
selamat mengejar mimpi

Hai pagi
Selamat meraih hari abadi

dunia diberi
akhirat akan terbukti

Hai matahari
aku menunggu kau lagi

Selamat pagi dunia hari ini

Mansoura
3.40am

Suatu Pagi

Tiada lagu untuk aku tuju
melodi telah pergi
suara sedang lari bersembunyi
apabila kelam jadi sunyi
dalam kamar yang tiada rupa
sendiri remuk

Di sisi kasih hanya akal meronta
katanya; pergi bawa ku lari
bisiknya: cintaku takkan mati
pantang cakap pasal hati
dalam mimpi yang sarat tipu
sendiri bisu

Aku cuba perah
kau usaha keras
pulau di hujung sana masih dekat saja.

Mansoura
3.22am



--------------------------------

[Sajian Sajak Khairil Anwar 1949]

RUMAHKU

Rumahku dari unggun-unggun sajak
Kaca jernih dari segala nampak

Kulari dari gedung lebar halaman
Aku tersesat tak dapat jalan

Kemah kudirikan ketika senjakala
Dipagi terbang entah kemana

Rumahku dari unggun-unggun sajak
Disini aku berbini dan beranak

Rasanya lama lagi, tapi datangnya datang
Aku tidak lagi meraih petang
Biar berleleran kata manis madu
jika menagih yang satu

Thursday, January 7, 2010

Keluh

Mimpi
ada bawa erti
ketika mengeluh rusuh
dalam hidup
di bawah sedar laku
tentang manusia ataupun malaikat
tentang dunia ataupun akhirat
syurga jadi pilihan
neraka jadi taruhan
setelah jadi hamba sekian abad

Tetapi
realiti tidak sama
Tuhan memberi janji
Tuhan memberi bukti
dengan keyakinan dan
amal manusia
hanya dikira suku dekat.


Mansoura
7.35pm

Menanti Pulang

Seorang tua sedang duduk
Mata terkatup menghisap cerut
sambil menanti bayang kecil hanya di kotak fikir
menggendong mimpi setelah mati
berjuta-juta hari
di bangku itu
si tua masih duduk
tanpa rasa mengantuk.


Mansoura
6.30pm