Nuffnang Ads

Saturday, November 10, 2012

Deklamasi Rahmat

Semalam malaikat turun
membawa titisan air langit
basuh segala luka, dosa & malapetaka
supaya ada rahmat
cahaya untuk manusia
ketika mereka lupa fitrah diri
bahawasanya;
nilai diri bukan terletak di puisi
tetapi rasa imani
dalam deklamasi amalan diri

Duwenk
6Oct12

Friday, November 9, 2012

Hidup Bukan Matematik

Dera perasan ini
Dalam api marah tergila-gila
Direjam beku lautan kutub utara
Sehingga reda apa yang tersoal selamanya

Tuhan masih cinta
Aku tidak dusta
Hidup ini bukan hanya kira-kira

Duwenk
6Oct Mansoura

Demi Kerana...

Berapa hijab akan terderai ke dada langit
Ketika doa-doa yang termaksiat
Dalam huruf-huruf zulumat
Apabila mencipta jalur-jalur makrifat
Katanya demi kerana dan kerana...

Lihat neraka dunia
Belum tentu nanti syurga
Mohon mahukannya

Duwenk
6Oct Mansoura


Wednesday, April 18, 2012

Optimis

ketika aku tersasar
ada tangan menyambut
terikat di bingkai hati
terbelai lembut
dalam janji
sampai mati

aku tahu cintamu tersiksa panjang
optimis sampai kepada Tuhan

Duwenk

Saturday, April 14, 2012

Toxic

Tubuh telah tumbuh gagah
menjalar kuntum kecantikkan
atmosfera yang berperan
oksigen siang
karbon dioksikda malam
zaraf-zaraf kehidupan
bersama matahari dan bulan
makanan asalnya dari titis air
seperti sumpahNYA ' telah kami jadikan segalanya dari air'

Demi Tuhan Semesta Alam
setiap sesuatu mempunyai kerana
setiap kerana berkait sebab
sepeti pokok yang gagah dijilat kulat
badan yang sihat dimakan kuman
itu hukum kehidupan

Ridhwan S.M

Wednesday, April 11, 2012

Taubat

Ketika tidur
ada guruh runtuh
angkuh menyuruhnya sujud
bukan istighfar panjang yang bosan
kerna erti penyesalan
kepada Tuhan

Malam ini
tiada bulan penuh
hanya bergemuruh sedang rusuh
menunggu atap rumah akan runtuh
dalam penyesalan
kepada Tuhan

Duwenk
Sitta Oktober
Mansoura

Monday, April 9, 2012

Jantung Batu

Di tubuh langit tinggi
otak merekriasi mimpi
realiti tak pernah dipijak
dengan huruf-huruf riak
semak
aku muak

Langit tak bertiang tidak akan runtuh sehingga sangkala ditiup
itu hukum Tuhan
itu untuk kita
itu sifat manusia
kuncinya;
aku sabar

duwenk
@Cherah.inc

Keras Kepala

Sunday, April 8, 2012

Zikir

Maha Kabir
Allah Maha Kabir
Segala Tuhan Maha Kabir

Membuang fikiran jadi satu
dari kanan ke kiri bahu
bertemu dagu
ke hati batu
irama kalimah bersepadu menyeru
berantai-rantai ingin berpegang
antara realiti dan hakiki

Maha Kabir
tiada selainnya dapat merejam cinta ini

duwenk
@Cherah.inc