Tahukah angin sifat manusia sepertinya?
Tahukah laut penghuni bumi jauh lebih banyak rahsia?
Tahukah matahari lebih panas neraka kerana dosa-dosa mereka?
Tahukah bintang sebanyak hiasan di dada langit, manusia lagi haloba?
Tahukah langit seluasnya tak bertongkat lebih keras batu kepala seorang hamba?
Tahukah gunung besar manusia telah menukar paku ciptaanNya?
Tahukah kau nafsu, aku ingin bunuh mu sampai tak lagi ingin kau goda!
Tuhan
Mereka ada aku
Aku ada Kamu
Aku mahu syurga
duwenk
Mansoura
No comments:
Post a Comment