Nuffnang Ads

Wednesday, January 27, 2010

Dewi Malam

-
Sabda Dewi:
puisi adalah sakti
bukan mentera dukun
waktu anjing menyalak gersang
menarik bulan dari angkasa lapang
tak disimbah kemenyan hingga jadi awan
lalu Dewi Malam seperti mabuk
mabuk dengan sedupan kemenyen jampi
sedang puisi dalam khayalan
dia berkata; manusia hanya tahu menyeru alam
dengan protes hidup
keadaan mati
melalui mimpi-mimpi ngeri
di bawah imaginasi
hubungan zahiri dan ghaib untuk sampai lebih tinggi
lebih tak mengerti
seperti aku yang tinggi di celah cakerawala
sebagai Dewi Malam menunggu waktu siang datang
dan terjadi bait-bait bahasa
di bibir-bibir manusia kota
menghayati sana sini untuk lebih faham hubungannya dengan alam.

Lalu menggoncang makhluk-makhluk tuhan
menghukum manusia kerana bosan
mencelaka dunia kerana ada yang tidak sempurna
menerobos sempadan yang bukan miliknya

Sedangkan,
cacing di dalam urat-urat bumi juga dengar bahasa alam
ikan di perut laut penuh setia menyeru tuhan
di langit dari 7 lapisan pun memuja tanpa balasan
Siapa-siapa pun tiada telinga untuk merasa
amat rahsia
amat sempurna
amat cinta
amat tak terkata dengan bahasa.

Kata Dewi Malam:
ilmu-ilmu Sulaiman tahu puisi mereka.


Duwenk
Mansoura

No comments:

Post a Comment