Aku bukan bulan
ketika matahari hilang
menyelubungi nafas-nafas sengketa
bersama sayap-sayap angkasa
dalam selimut beku
yang berlumpur tak tewas bagai hantu
kerana rosak diri
kerana rekayasa mimpi
demi kepuasan hidup
yang tak mahu mati
dengan sepanduk kebebasan
tahu kejahilan
sekutu setan; dalam celik
tanpa takut
tanpa peluk rasa sedar
terpagar kurung tanpa keluhan
terhadap jantung kejadian;
yang akan tiba beri gagal dan terus sesal
demi kesesatan; hari-hari telah jadi sial.
Aku bukan bulan
untuk manusia yang selaut tak terbilang
tapi itu bulan
datang menyuluh kau seorang.
"Kecil jantung ku ini mampu menggendong lautan hidupmu nanti, aku mampu"
Ridhwan
Mansoura
kau mampu...:-)
ReplyDeletere:...betul ke orang puisi selalu emosi....kau?
salam ketemu
ReplyDeletesinggah dikotakmu
lantas tumpang menelaah fikiranmu
mohon akukan selalu singgah ke sini...
PC: Org puisi ini penuh dengan emosi.. so no wonder la. haha
ReplyDeleteSaudaraku Faziz... Silakan. telahlah & selamlah selagi mampu kau bernafas.. semuanya ku pinjam dari NYA...