Lukisan mu hidup
mesti kembang dan segar seperti bunga
untuk kumbang ini bernafas dan sentiasa hinggap diliris kelopakmu
Bunga akan mati
jika sentiasa hari malam dalam hidupnya
Maka layu dan membunuh hidup alam yang mesti ada keindahan
Taman adalah dunia
perhiasan adalah seni dalam hidup
rasa adalah nyawa untuk kau lebih tahu apa ertinya aku.
Bagiku bukan rekayasa gambar yang hanya bergoncang dalam benak mu sendiri
lebih kau pegang, makin goyah ingin runtuh
takut tertimbus dan lemas nanti nanti tiada pertolongan (kerana hatimu mati)
Aku tidak mau seni itu mati
membuang isi dunia yang hari-hari ada warna-warninya
tak ingin bosan seperti badut hanya ketawa dalam diam
Sebab itu, antara terang dan gelap?
kenapa perlu ada lilin dalam cahaya dan kenapa gelap tercari-carikan cahaya?
aku memilih bukan kerana keduanya...
Aku di sisi
di sini menunggu mu sampai hari demi hari
salam membaca kembali puisimu...
ReplyDeletesalam hormat...
ReplyDeletetiada hidangan kopi
hanya seni untuk dikongsi rasa...