Nuffnang Ads

Sunday, February 14, 2010

Kerongkong Serak Berontak

Riuh kota bernyanyi ribuan bahasa
pada sisir jalan berdebu yang lumpur
sampah berselirak di bahu longkang
zarah kering berlumba-lumba lari
terbang tanpa bayang
tari menari penuh gersang dan liar

Rusuh angin tak pernah berhenti mogok
singgah di sel-sel kejadian dan menumpang
jadi najis yang dimaafkan
ummul balwa: kata para hukum
lalu mengidap jadi sumpah
turun temurun tanpa berubah rasa

Manusia hanya tahu menyedut
bernafas tak henti-henti sebelum mati
dengan masalah yang menerobos tanpa sempadan
tak pernah henti fikir tapi terus lari
katanya berani tapi hanya monolog sendiri
takut untuk berani merungkai dalam-dalam soal hidupnya

Dia akur dunia
sederatan masa
melangkaui usia dan terus hadapan
matang tapi pengecut
berani tipu tapi tak larut
tanpa sedar kotoran tadi sudah jadi najis dan jatuh sakit

Manusia hanya tak mahu kritik
supaya tak terbongkar jalan lumpur itu
tak pecah rahsia oksigen itu bukan tulen
tapi patuh pula dengan perasaan
otak pula dibiarkan sesat tak mahu tangan
seperti si mabuk bersama wisky di jalanan pagi semalam

Hanya tahu pagi ini
semalam ramai orang dibunuh lagi kerana harapan.

Mansoura
9.02.2010

No comments:

Post a Comment