Nuffnang Ads

Saturday, November 10, 2012

Deklamasi Rahmat

Semalam malaikat turun
membawa titisan air langit
basuh segala luka, dosa & malapetaka
supaya ada rahmat
cahaya untuk manusia
ketika mereka lupa fitrah diri
bahawasanya;
nilai diri bukan terletak di puisi
tetapi rasa imani
dalam deklamasi amalan diri

Duwenk
6Oct12

Friday, November 9, 2012

Hidup Bukan Matematik

Dera perasan ini
Dalam api marah tergila-gila
Direjam beku lautan kutub utara
Sehingga reda apa yang tersoal selamanya

Tuhan masih cinta
Aku tidak dusta
Hidup ini bukan hanya kira-kira

Duwenk
6Oct Mansoura

Demi Kerana...

Berapa hijab akan terderai ke dada langit
Ketika doa-doa yang termaksiat
Dalam huruf-huruf zulumat
Apabila mencipta jalur-jalur makrifat
Katanya demi kerana dan kerana...

Lihat neraka dunia
Belum tentu nanti syurga
Mohon mahukannya

Duwenk
6Oct Mansoura