Nuffnang Ads

Thursday, April 7, 2011

PENGAJIAN PERUBATAN DI MESIR

Salam 1 Malaysia.

1 - Penerangan terhadap semua University di Mesir (Menjawab Secara Am Isu Puan Ozzy dalam FB)

Pengiktirafan Universiti2 di Mesir (Uni.Mansoura, Uni.Alex, Uni.al-Azhar, Uni.Zaqaziq, Uni.Cairo, Uni.Tanta, Uni.Ain Sham) dalam bidang Perubatan, Pergigian & Farmasi tidak lagi menjadi isu. (Rujuk http://pengiktirafan.jpa.gov.my/) akan tetapi; isu yang sering dimainkan oleh pihak agensi & ibu-bapa bagi pelajar-pelajar tajaan persendirian ialah mengenai sistem dan modul dalam sesebuah Universiti. Dua perkara ini adalah tunjang kepada perjalanan pendidikan dan akar kepada prestasi sepanjang pendidikan yang disalurkan dalam sistem Universiti kepada pelajar.


Selain itu, persekitaran juga memainkan peranan penting kepada pelajar. Ini menjadikan ianya sebagai motivasi sampingan dengan keselesaan situasi, persekitaran dan kebudayaan sekeliling. Sepertimana di setiap lokasi universiti mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya, Uni.Alexandaria lebih terkenal dengan bandar pelancongan, Uni.al-Azhar,Uni.Ain-Sham,Uni.Cairo terletak di ibu kota negara Mesir; yang populasi kependudukannya sangat ramai.


Begitupun, Uni.Mansoura pula sangat mesra dengan popularitinya sebagai bandar Universiti. Persekitaran yang sibuk dengan sosial-akademik pengamal perubatan dan di kelilingi oleh pelbagai jenis department hospital. Antaranya ; Mansoura Urology & Nephrology Center (M.U.N.C), Mansoura University Children Hospital (M.U.C.H), Mansoura Specialized Medical Hospital (M.S.M.H), Emergency Hospital, Oncology Center-Mansoura University (O.C.M.U), Ophthalmic Center, Gastroenterology(GIT), Surgery Hospital dan Mansoura General University Hospital. Persekitaran dan kepelbagaian department hospital di Mansoura Universiti amat menjadi perhatian kepada setiap pihak yang berkaitan bagi menilai kembali status Universiti.


Dengan melihat status Pengiktirafan Universiti, pihak-pihak yang berkenanan juga harus melihat dan mengkaji sudut modul pengajian pelajar di Universiti, di samping sistem juga berperanan besar dan tidak lupa peranan persekitaran dalam mercu menghasilkan graduan perubatan yang praktis dan flexsible nanti.


2 - Saingan Pengajian Antar-Universiti di Mesir.


Bagi seluruh pelajar-pelajar di Universiti amat membanggakan Universiti yang mereka amalkan. Sebagai mahasiswa/siswi menjadi tanggungjawab mereka mengadaptasi sistem pendidikan mereka dan meraih kegemilangan universiti masing-masing melalui peningkatan prestasi pengajian, pengamalan modul pendidikan, bertanggungjawab dengan pengajian dan ujian secara praktikal dan berusaha meningkatkan pencapaian akademik masing-masing supaya lebih terkenal dan gemilang di mata masyarakat.


Pada tahun 2010, Alexandaria Universiti telah mendapat jolokan di mata Universti-Universiti di Negara Arab dengan anugerah Hamdan Award 2009/2010. Dengan sistem modul Medical-Intergrated antara sistem konvensional dan PBL yang telah diperkenalkannya, Universiti Alexandaria mampu merealisasikan keyakinan mata dunia dengan pembentukkan sistem pengajian di Universiti tersebut diterima.


Namun, kelebihan di setiap universiti tidak dapat dinafikan berdasarkan perjalanan & sistem yang diamalkan oleh setiap universiti. Sepertimana saingan antara Universiti Mansouara dalam memprogramkan pelajar-pelajarnya dengan keistimewaan program moden iaitu 'Program Based Learning' (PBL) yang telah pun diguna-pakai di seluruh universiti pada massa kini.


Peningkatan kemasukkan pelajar ke Universiti Mansoura antara faktor besarnya adalah kerana sistem (PBL) yang diamalkan oleh Univeristi tersebut. Satu-satunya Universiti di Mesir yang mengamalkan sistem PBL secara penuh dan modul khas dari University Of Mancherster United Kingdom telah membuka medan baru kepada sistem pendidikan di Mesir. Antara subjek sistem pengajian dan program-program lain yang disalurkan oleh Universiti Mansoura adalah seperti berikut:


a) Belajar melalui kes-kes penyelasaian masalah (Solve Problems)


b) Belajar dalam pecahan kumpulan (study group) & Presentation setiap minggu mengikut giliran kumpulan dan pecahan kes


c) Belajar mengikit semester dan mempunyai sistem pemarkahan projek/presentation/pertengahan semester/semester/kehadiran & Tesis


d) Belajar mengikut kumpulan & setiap kumpulan dipantau oleh pensyarah kumpulan yang bertugas


e) Projek & aktiviti Univeristi dalam menangani isu-isu semasa seperti Aids/BirdFlu/H1N1/Sindrom


f) Praktikal ke Hospital-Hospital Universiti dari peringkat awal semester pengajian


g) Pilihan Hospital, fasilitis hospital & pakar-pakar di hospital sebagai 'senior guidence'.


h) Budaya Hospital & populariti sebagai 'Doctors City' yang berperanan dalam persekitaran Mansoura Universiti


i) Program akademik selari dengan kokurikulam - mengimbangi tuntutan ilmu akhirat dan keduniaan



Pembahagian sistem dan program luaran serta kokurikulam yang diamalkan oleh Universiti Mansoura ini telah memberi kelebihan kepada pelajar-pelajarnya. Di samping itu juga para pelajarnya dapat mengikuti modul kependidikan secara lebih sistemik dan mampu mengimbangi cabaran-cabaran semasa bagi menyahut status sebagai mahasiswa melalui isu-isu semasa sebagai pakar perubatan

duwenk@gmail.com
+201125549566

2 comments:

  1. cm mne cara utk mohon on9?? ana mencari tapi tak jumpa..tolonglah ana..ana perlu bantuan segera..dan bagaimana utk ana pastikan agen2 yang mmbawa pelajar2 mlysia ke mesir tidak menggunakan tipu muslihat.??

    ReplyDelete
  2. salam.. untuk lebih detail boleh terus ke no telepon yang tertera di atas.. terima kasih..

    Ridhwan Mohamed

    ReplyDelete