Nuffnang Ads

Thursday, January 10, 2013

Penjara Jalanan Langkasuka

Langkasuka
di jaring-jaring kota
di daerah yang kini rawan
hilang diragut dendam-dendam
musuh atas nama perjuangan
jadi benci demi kematian
keliru atau kerana TUHAN

Langkasuka
kini; di tebing jalan gagak segak bersenjata
ketika taat memanusiakan manusia
katanya; dalam rangka keamanan
tetapi telah menembak mati burung yang dulu bebas terbang
di usus bumi suburnya
di dada langit luas miliknya
terikat dalam kubu penjara jalanan
di kota sakti ini

Langkasuka
Mati Idealis
Mati Modenis
jadi prejudis
dalam poros dunia magis
tiada garuda lagi
tiada gergasi helang lagi
malah habis mati imaginasi

Langkasuka
hanya tinggal
bilangan hipokrasi misteri
terhijab di celah-celah lalang
dendam zaman berzaman

Langkasuka
hanya tinggal
gagak hitam di jalanan
bersenjata kerana sumpah kepada pendita
demi menutup lopong-lopong ketirisan

Selamatkan Kota ini
mohon cahaya atas cahaya;
TUHAN lebih mengerti

Minda Besi
Langkasuka, Yala


3 comments:

  1. Bai. Sawaddikrap!! haaaha serius sutera..

    Dot.. Alhamdolillah.. aku sihat n keluarga sihat. Cuma hati kurang sket.. rindu mesir.. auwwwwwwwwww!!

    ReplyDelete