Nuffnang Ads

Friday, July 24, 2015

KOTA GENERASI

Kau biar ia mati bersendiri
dalam keroyok kota-kota peri-dosa
menghentak lesap ke petala muka bumi
ribut dalam syurga kota

Apa yg dicari?
waktu tumbuh fajar membuka setiap warna
di celah-celah jalanan kejadian di sini
menampal tiris air hujan di rumahnya

Seruling hidup tetap bersuara
gendang hidup masih bergema
walau ia mati bisu sendiri
Episod generasi terus bernyanyikan realiti.

(Pensil Langit)rsm

Wednesday, July 15, 2015

HAMBA

Dari apa ingin di lafaz
menyusun lidah supaya berkata
bahasa atau rupa yang subjektif
period-period suara fikir
paranoid-paranoid suara hati
menjelajah setiap masa yang tercipta
atas alasan adalah manusia
beza dengan rekaan lain yang ada
bahawa kita sebaik-baik ciptaan
selain hanya hamba
melutut tunduk kepada NYA.

Dengan apa ingin bicara
meminjam sabda supaya berkuasa
huruf dan aksara yang globalis
logika-logika prejudis
misteri pasif bukti imani
meneroka mereka
dengan akal dan hati milik peribadi
bahawa kelemahan mereka juga tercipta
membunuh runtuh sang hamba
melainkan kemuliaan taqwa
peri sujud rapuh kepadaNYA.

(Pensil Langit)rsm


Malam Misteri

Cengkerik masih bernyanyi
memenuhi cerita gelap malam
di tengah-tengah pendalaman
bertemankan bulan.

Kunang2 kubur di awangan
berkelip2 seperti bintang yang terbang
bersama kalkatu menyeru hujan 
Turun untuk segala kurniaan 
milik Tuhan.

Sekali deru angin2 besar memupuk ranting dedaun pokok
berguguran daun2 kering -bersama hentakkan zing
meliuk di bumbung belakang dan atas
hany sekali dan diam kembali

Tiada suara mercun berdentum
anak-anak lewat siang sudah tidur tenggelam
bapa2 tembakau dan kopi sudah pulang dgn isteri
lewat tengah malam ini kering sunyi
ada misteri

Robbul 'Izzati
Seribu bulan amal ingin disemadi
di kaki Mu 
di Singgah Sana Mu.

(Pensil Langit)rsm