Nuffnang Ads

Showing posts with label SEGMEN. Show all posts
Showing posts with label SEGMEN. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

HAMBA

Dari apa ingin di lafaz
menyusun lidah supaya berkata
bahasa atau rupa yang subjektif
period-period suara fikir
paranoid-paranoid suara hati
menjelajah setiap masa yang tercipta
atas alasan adalah manusia
beza dengan rekaan lain yang ada
bahawa kita sebaik-baik ciptaan
selain hanya hamba
melutut tunduk kepada NYA.

Dengan apa ingin bicara
meminjam sabda supaya berkuasa
huruf dan aksara yang globalis
logika-logika prejudis
misteri pasif bukti imani
meneroka mereka
dengan akal dan hati milik peribadi
bahawa kelemahan mereka juga tercipta
membunuh runtuh sang hamba
melainkan kemuliaan taqwa
peri sujud rapuh kepadaNYA.

(Pensil Langit)rsm


Tuesday, February 12, 2013

SEGMEN: OMBAK BESAR

OMBAK BESAR

Itu ombak besar, memanjang nafas
berhempas laut memukul hidup
tika naik turun, gelombang deras
menguji iman antara timbul dan tertutup.

Itu ombak besar, lemas bernafas cemas
dihujung nyawa menghirup dosa dan pahala
dalam dunia yang serba bebas; drama pentas
hanya ingat bila tiba malapetaka kepada mereka.

Bagaimana jika bahterah NUH tak sudi menerima, mereka?

Minda Besi
FEB 2013



SEGMEN ABABA: CEMUHAN

CEMUHAN

lelap mata bulan di bibir awan
malam yang terendam diam
dalam juta-juta persoalan
ingin dipecah bungkam
menuju jalan-jalan kebenaran.

MINDA BESI
FEB 2013