Nuffnang Ads

Wednesday, July 15, 2015

Malam Misteri

Cengkerik masih bernyanyi
memenuhi cerita gelap malam
di tengah-tengah pendalaman
bertemankan bulan.

Kunang2 kubur di awangan
berkelip2 seperti bintang yang terbang
bersama kalkatu menyeru hujan 
Turun untuk segala kurniaan 
milik Tuhan.

Sekali deru angin2 besar memupuk ranting dedaun pokok
berguguran daun2 kering -bersama hentakkan zing
meliuk di bumbung belakang dan atas
hany sekali dan diam kembali

Tiada suara mercun berdentum
anak-anak lewat siang sudah tidur tenggelam
bapa2 tembakau dan kopi sudah pulang dgn isteri
lewat tengah malam ini kering sunyi
ada misteri

Robbul 'Izzati
Seribu bulan amal ingin disemadi
di kaki Mu 
di Singgah Sana Mu.

(Pensil Langit)rsm



Friday, December 6, 2013

PERADABAN???

Apa kata kau,
jika langit mnangis,
persis darah yang tiris,
dari haloba tangan-tangan massa,
merebut isi dunia
jadi bebola angin
terbang kosong
di tengah kota manusia
meledak kuasa
menendang kekalahan
percaturan dicipta.
jadinya; peradaban kan?

Politik

TRIBUTE: M.ELUKAI W.AKTU

Melihat Wajah.
Melukai waktu.
detik-titik-kita,
rusuh kejam,
membelah dada,
rekayasa cinta,
dosa-dosa lama,
luka tak sembuh,
dirimu.
suara hitamku,
terpaku di padang hati,
lamanya untuk lemas;
tak mati.

Sehingga nisan masih berdiri.
aku hanya ingin disuci.
melalui mati,
hidup kembali.
itu jika;
masih Tuhan restu.

Sedar Lagi

PIDATO BISU

Malam
menanti sepi
mengira bintang
tak rebah ke jantung bumi
hanya berseteru terbujur
di bulatan mata
berpidato bisu
kepada bulan; cantik di celah awan
di dengar Tuhan.


Separa Pagi

Thursday, September 26, 2013

I.S.T.I.G.H.F.A.R

Hanya segenggam ayat ku tahu
                                              -untuk;
membasuh hati, mereda mimpi, mengunci benci
ke petala langit tinggi tak bertali
untuk ku panjat dan kirim kan segala surat-surat
                                                -dari;
akar hati, pangkal jantung yang terikat materi
di benak fikir yang tak pernah henti
menulis dan lukis, prosa yang panjang
                                                 -jadi
huruf-huruf puisi, bernari dan mencaci
agar terguris di setiap poros awan
biar langit malu berterlanjang
bersama kalimah-kalimah dendam
dalam cerca atau mengaduh sakit
                                                -erti
seharian hidup manusia
antara bumi Mu Tuhan dan;
nafas-nafas yang mesti hidup
dalam dunia yang tak bertuhan.
                                             -kerana;
istighfar ini merebahkan segala taufan dilaut fikiran.

MINDA BESI

YALA

Tuesday, February 12, 2013

SEGMEN: OMBAK BESAR

OMBAK BESAR

Itu ombak besar, memanjang nafas
berhempas laut memukul hidup
tika naik turun, gelombang deras
menguji iman antara timbul dan tertutup.

Itu ombak besar, lemas bernafas cemas
dihujung nyawa menghirup dosa dan pahala
dalam dunia yang serba bebas; drama pentas
hanya ingat bila tiba malapetaka kepada mereka.

Bagaimana jika bahterah NUH tak sudi menerima, mereka?

Minda Besi
FEB 2013



SEGMEN ABABA: CEMUHAN

CEMUHAN

lelap mata bulan di bibir awan
malam yang terendam diam
dalam juta-juta persoalan
ingin dipecah bungkam
menuju jalan-jalan kebenaran.

MINDA BESI
FEB 2013